GKB 1053 - SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LEARNING MANAGEMENT SYSTEM)


Apakah Sistem Pengurusan Pembelajaraan ?

  • LMS merupakan satu sistem aplikasi pendidikan secara atas talian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan mana-mana sistem operasi, komputer dan peranti mudah alih. 
  • Sistem ini membantu menguruskan aktiviti dan bahan pengajaran yang diperlukan. Ia juga adalah sebuah aplikasi perisian yang menyediakan infrasruktur untuk merancang, menghantar serta mengurus pentadbiran, dokumentasi dan laporan program latihan, kelas dan aktiviti atas talian melalui program e-pembelajaran dan kadar latihan.
  • Internet merupakan unsur yang penting kerana sistem ini menggunakan kaedah pembelajaran secara online, iaitu berasakan laman web supaya mudah memperoleh maklumat pembelajaran dan pentadbiran pada sebarang masa dan tempat. 
  • Topik-topik pembelajaran dapat dicapai terus dengan cara mengakses di internet dan maklumat dapat diperoleh dalam bentuk garis panduan kursus, memuat naik tugasan, memuat turun nota-nota, berkongsi ilmu pengetahuan dan mengambil peperiksaan atau kuiz secara atas talian.
Image result for lms




Kemudahan dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran


Sistem ini menyediakan media komunikasi bagi menguruskan interaksi antara pelajar dengan tenaga pengajar ataupun antara pelajar dengan pelajar. Ianya merupakan media terbaik bagi tujuan komunikasi dalam e-pembelajaran. Media komunikasi yang terkandung di dalam SPP antaranya ialah :
  • forum 
  • papan buletin
  • e-mail
  • chat room 
Selain itu, dalam sistem ini mengandungi alat kemahiran belajar seperti modul pembelajaran. Modul ini memudahkan pengajar mwujudkan aktiviti dan bahan-bahan pembelajaran untuk para pelajar. Contohnya seperti kuiz, bahan pembentangan, tugasan dan sebagainya. Pengajar dapat memantau kemajuan pelajar seta menilai tahap kefahaman pelajar.




Ciri-ciri Sistem Pengurusan Pembelajaran


Perisian LMS ini perlulah mempunyai ciri-ciri seperti :
  • sistem yang boleh menyokong pelbagai prinsip pembelajaran
  • dapat diintegrasikan dengan Sistem Maklumat Sumber Manusia
  • berperanan mentadbir aktiviti pengajaran
  • boleh meletakkan bahan kursus di atas talian
  • boleh dijadikan papan berdiskusi dan menjadi alat komunikasi lain
  • memusatkan strategi pembelajaran dan pengajaran dengan lebih teratur

Antara perisian sumber terbuka (open source software) iaitu yang mana perisiannya boleh dimuat turun, diubahsuai dan diedarkan semula yang digunakan ialah moodle, adope captive, adope photoshop, LINUX, DOS dan UNIX.




Kegunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran


            LMS digunakan untuk merancang e-Bahan, mencari maklumat dengan pantas, 
mengesan pencapaian pelajar dan mengesan status penggunaan pengguna. Sistem ini dapat membantu menilai tahap kemajuan pelajar. Pelajar juga boleh menyimpan bahan kelas sama ada persembahan yang akan diadakan di kelas kemudiannya atau membuat salinan kedua untuk tugasan kelas di tempat yang selamat dengan kewujudan Lock box. 

    Selain itu, maklumat latihan yang diperolehi boleh digabungkan di dalam satu sistem. Pembelajaran secara efektif melalui talian ini membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan secara digital atau laman web. Hal ini memudahkan para pelajar membuat rujukan ketika menyelesaikan sesuatu tugasan.




Kelebihan Menggunakan Sistem Pengurusan Pembelajaran


Antara kelebihan yang diperoleh apabila menggunakan sistem ini ialah :
  • Masa dan tempat untuk melakukan pembelajaran adalah fleksibel. Hal ini membolehkan pelajar menguruskan masa sendiri dengan lebih berkesan dan produktif. 
  • Pelajar juga berpeluang untuk membincang dan berkongsi maklumat dengan pakar atau pensyarah yang berpengalaman dari universitI atau mana-mana kawasan hanya dengan menggunakan emel menerusi penggunaan LMS.
  • Menyampaikan inti pembelajaran dengan cepat dan tepat. Pelajar dapat mengetahui pengumuman dan maklumat penting yang dimaklumkan. Maklumat juga dapat digunakan berkali-kali. 
  • Membantu pelajar mencari apa-apa maklumat pembelajaran yang diperlukan sekali gus dapat menjimatkan masa mencari maklumat serta memudahkan proses pembelajaran.
  • Meningkatkan kecekapan, kualiti dan semangat untuk belajar dan bekerja kerana menghadapi masalah pengurusan. Tugasan seharian dapat diselesaikan tanpa sebarang masalah pengurusan dan cekap.
  • Menyimpan data dan maklumat dengan selamat dan sempurna. Maklumat tersebut akan sentiasa dikemas kini.
  • Menjimatkan masa untuk menghantar maklumat kepada seorang demi seorang dan maklumat yang diperoleh tidak perlu ditaip semula.
  • Dapat menguasai suatu perisian kursus serta dapat menjalankan program yang pelbagai kepada pelajar.



Image result for kelebihan LMS




Kesimpulan


LMS merupakan suatu sistem yang mengurus maklumat  dengan cekap dan sistematik. LMS adalah sistem yang tidak menghadapi masalah pengurusan serta membantu seseorang menghasilkan kerja yang produktif. Pengurusan yang tidak cekap menyebabkan hasilnya menjadi kurang memuaskan. Oleh itu, dalam perkembangan pendidikan hari ini, sistem pengurusan pembelajaran (LMS) amat diperlukan bagi menguruskan maklumat-maklumat dengan cekap dan teratur.





RUJUKAN :

  1. http://afiqahaisyahshanusi.blogspot.com/2015/09/sistem-pengurusan-pembelajaran-learning.html
  2. https://c2l.home.blog/2018/09/20/8-3-kepentingan-sistem-pengurusan-pembelajaran/
  3. https://www.slideshare.net/mujahidislam5/8-sistem-pengurusan-pembelajaran
  4. https://cunuwl.blogspot.com/p/blog-page.html
  5. https://www.academia.edu/21000524/Sistem_Pengurusan_Pembelajaran_dan_ Sistem_Pengurusan_Kandungan_Satu_Analisis_Perbandingan






Comments

Popular Posts